Pertandingan NADI E-Sukan Madani Legend - Mobile Legends (Peringkat Saringan)
2 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Presint 9 Fasa 10 telah berjaya menganjurkan Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend – Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai) sebagai platform untuk mengenal pasti pemain terbaik yang akan mewakili NADI Presint 9 Fasa 10 ke Peringkat Negeri
Pertandingan ini telah menghimpunkan 3 buah pasukan yang melibatkan seramai 17 orang peserta dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, disiplin dan persaingan sihat. Setiap pasukan mempamerkan kemahiran permainan, strategi, komunikasi serta kerjasama berpasukan yang cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memilih wakil ke peringkat negeri, malah turut menggalakkan penyertaan belia dalam bidang e-sukan secara positif dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: